Berita UtamaTULARUtama

Polis datang ‘jemput’ di rumah selepas ponteng sekolah 53 hari

Murid Tahun 6 tak boleh bangun pagi, layan 'video game' tiap malam

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 6 Zulkaedah 1439H, Khamis
– Seorang murid lelaki berusia 12 tahun yang terlalu obses terhadap permainan video dikatakan tidak ke sekolah selama 53 hari hingga polis terpaksa campur tangan.

Gambar anggota polis datang ke rumah murid berkenaan dan mengiringinya ke sekolah menjadi tular di media sosial hari ini. Bagaimanapun, tidak diketahui di mana murid berkenaan tinggal dan sekolahnya.

Seorang pengguna media sosial Muhamad dalam satu kiriman di laman Facebook beliau mendakwa, budak lelaki berkenaan tidak dapat bangun pagi untuk ke sekolah selepas tidur lewat malam kerana bermain ‘video game’.

Malah, lebih mengejutkan, ibu bapanya pula dikatakan tidak sampai hati untuk mengejutkan anak mereka untuk ke sekolah.

Bimbang dengan situasi tersebut, pihak sekolah mengambil tindakan meminta polis menjemputnya di rumah, selepas beberapa prosedur operasi standard (SOP) untuk menangani kes itu, gagal.

Susulan itu, netizen turut mempertikai serta mengecam ibu bapa murid berkenaan kerana membenarkan keadaan sedemikian berlaku.

Ketika berita ini ditulis, kira-kira 6,300 pengguna Facebook memberi komen, manakala 13,000 lagi turut berkongsi kiriman berkenaan.

Anggota polis terpaksa mengejutkan murid berkenaan yang sedang sedap tidur.

  • Anggota polis memberi nasihat kepada murid berkenaan sebelum ke kelas.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini memasukkan ‘gangguan permainan’ sebagai penyakit mental yang diiktiraf antarabangsa, selepas melakukan semakan kali kesebelas terhadap laporan mereka.

‘Ketagihan’ itu, yang digambarkan oleh WHO sebagai ‘pola tingkah laku terhadap permainan yang berterusan atau berulang’ yang mungkin boleh menjadi lebih serius sehingga ia ‘lebih diutamakan daripada kepentingan hidup lainnya’.

Bagaimanapun, keputusan WHO itu menerima kritikan dan tentangan daripada industri penyedia permainan.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close