Berita UtamaUtama

Mesyuarat Kabinet ubah kepada Jumaat

Keputusan dibuat demi menghormati sidang Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 6 Zulkaedah 1439H, Khamis – Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming, hari ini mengesahkan mesyuarat Kabinet akan diubah ke hari Jumaat bagi menghormati persidangan Dewan Rakyat.

Namun, beliau berkata, jika Dewan Rakyat tidak bersidang, mesyuarat mingguan itu akan diteruskan pada hari Rabu.

“Bermula minggu depan dan seterusnya dari hari Rabu, ubah ke Jumaat. Saya tak nak yang lain melalaikan tugas, tapi keutamaan harus diberikan kepada Parlimen,” katanya seperti dilapor portal tempatan.

Beliau berkata demikian di lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen pembangkang, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencadangkan supaya Kerajaan mengadakan mesyuarat Kabinet pada hari Jumaat untuk memastikan barisan Menteri dan Timbalan Menteri dapat menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keadaan Dewan yang kosong ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membahaskan usul Titah Diraja ketika sesi petang Dewan Rakyat.

Khairy menyuarakan pendapatnya itu menerusi akaun Twitter yang dimuat naik pada petang Rabu.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close