Berita UtamaUtama

Barang rampasan: Polis ambil keterangan Najib

Siasatan kes belum selesai, banyak perkara perlu diperhalusi

KUCHING, 6 Zulkaedah 1439H, Khamis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanggil dan mengambil keterangan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung barangan yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri itu, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

“Saya rasa dah dipanggil, dah diambil keterangan, tiga empat hari lepas… kena check dengan Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Amer Awal dengan Timbalannya Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini.

Ketika ditanya, jangkaan pihaknya bila siasatan kes itu akan selesai, Noor Rashid berkata, banyak lagi perkara harus dilakukan.

“Banyak lagi perkara harus diperhalusi, ambil keterangan saksi dan dalam masa terdekat kita akan dapat surat daripada Pendakwa Raya,” katanya.- Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close