Berita UtamaUtama

Kerajaan digesa mansuh caj perkhidmatan terhadap hotel, restoran

Caj ke atas pelanggan tindakan tidak adil


KUALA LUMPUR, 5 Zulkaedah 1439H, Rabu -Kerajaan digesa supaya memansuhkan caj perkhidmatan antara lima hingga 10 peratus yang dikenakan ke atas pelanggan oleh pihak pengurusan hotel dan restoran mewah di seluruh negara.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) , Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, pihak restoran dan hotel sebelum ini menggunakan alasan bahawa caj perkhidmatan yang dikutip akan diagihkan kembali kepada kakitangan berikutan gaji pokok mereka adalah rendah.

Namun, katanya, perkara itu tidak lagi relevan kerana kerajaan telah menguatkuasakan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2016.

“Dahulu memanglah, caj perkhidmatan ini dikenakan sebagai ganti tip kepada para pekerja hotel dan restoran disebabkan gaji pokok mereka rendah tetapi setelah gaji minimum dilaksanakan, perkara itu tidak lagi relevan.

“Selepas pengguna dikenakan cukai perkhidmatan enam peratus, jadi kerajaan perlu memikirkan bagaimana untuk memansuhkan caj perkhidmatan itu,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

FOMCA pernah menyuarakan perkara sama sekitar tahun 2015 berkenaan isu pelaksanaan caj perkhidmatan itu kepada kerajaan terdahulu dan agensi-agensi berkenaan namun desakan yang dikemukakan tidak diambil kira.

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close