Berita Utama

SPSB saman Razali Ibrahim RM100 juta

Syarikat pemaju hartanah dakwa bekas timbalan menteri buat kenyataan palsu, tidak berasas

KUALA LUMPUR, 4 Zulkaedah 1439H, Selasa – Syarikat pemaju hartanah, Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) menfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap bekas Ahli Parlimen Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim berhubung beberapa kenyataan mengenai penglibatan SPSB sebagai pemaju utama projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) di Jalan Semarak.

SPSB selaku plaintif menfailkan saman itu semalam di Mahkamah Tinggi Sivil melalui Tetuan Reza Rahim & Rajivan dengan menamakan Razali sebagai defendan.

Syarikat itu dalam kenyataan mendakwa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu adalah palsu, tidak berasas dan mencemarkan reputasi syarikat berkenaan.

SPSB berkata syarikat itu sebelum ini menyampaikan 1 notis tindakan kepada defendan menuntutnya memohon maaf, bagaimanapun beliau gagal berbuat demikian.

Syarikat itu memohon 1 perintah injunksi supaya Razali dihalang daripada mengulangi dan/atau menerbitkan kenyataan yang berunsur fitnah, juga menuntut ganti rugi RM100 juta serta mengemukakan permohonan maaf berdasarkan terma yang dipersetujui oleh SPSB. – Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close