Berita UtamaUtama

PAS tak akan bergabung dengan UMNO

Boleh kerjasama dalam perkara babitkan kebaikan rakyat: Hadi Awang

KUALA LUMPUR, 4 Zulkaedah 1439H, Selasa – PAS sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk tidak bergabung menjadi sekutu politik dengan UMNO.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sebagai blok pembangkang, PAS sedia bekerjasama dengan UMNO, malah semua pihak untuk perkara yang membabitkan kebaikan rakyat.

“Kita kerjasama dengan semua dalam perkara yang membawa kebaikan kepada rakyat. Kita tak akan bergabung dengan UMNO,” katanya kepada pemberita di Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian sebagai mengulas tindakan wakil rakyat PAS dan UMNO keluar dewan kerana membantah cara pelantikan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, yang didakwa kononnya tidak mengikut peraturan mesyuarat.

Sidang Dewan Rakyat bertukar kecoh semalam, apabila semua Ahli Parlimen pembangkang, kecuali tiga Yang Berhormat, keluar dewan sebagai tanda protes terhadap pelantian Mohamad Ariff.

Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan PAS di kerusi pembangkang menjerit-jerit meminta penjelasan ketika Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah membacakan cadangan pelantikan Mohamad Arif sebagai Speaker.

Roosme menjelaskan beliau menerima surat cadangan pelantikan Speaker daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2 Julai lalu.

Bagaimanapun, semua Ahli Parlimen pembangkang kemudian masuk semula ke dewan untuk mengangkat sumpah di hadapan Mohamad Ariff.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close