Berita UtamaDuniaUtama

Israel mahu hapus identiti, warisan Palestin

Zionis pengecut, berani serang golongan lemah sahaja: Aktivis

SEMENANJUNG GAZA, 4 Zulkaedah 1439H, Selasa – Rejim pengganas Israel sengaja melancarkan serangan pengeboman di Semenanjung Gaza baru-baru ini, untuk melemahkan semangat rakyat Palestin terus tinggal di daerah itu, kata Jawatankuasa Antarabangsa Popular Bagi Menyokong Gaza.

Ketuanya, Dr Essam Yousef dalam satu kenyataan mengutuk serangan terkini yang dilancarkan hujung minggu lalu sehingga membunuh dua kanak-kanak dan mencederakan penduduk lain.

“Rejim pendudukan sengaja mempamerkan kuasanya terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah, dan mereka tidak bersenjata dalam setiap serangan di Gaza,” katanya.

Beliau mengutuk serangan Israel yang menyasarkan kawasan tumpuan kanak-kanak dan awam seperti Katiba Square, sebuah taman yang menjadi kawasan rekreasi keluarga.

“Serangan yang menyasarkan masjid Al Katiba Square dan Perpustakaan Negara membuktikan kekejaman rejim Israel untuk menghapuskan identiti, budaya dan warisan rakyat Palestin.

“Cubaan rejim itu melemahkan semangat Palestin disifatkan kemunduran seperti zaman Mongol yang melakukan pembunuh beramai-ramai serta kekejaman lain, termasuk membakar Perpustakaan Baghdad pada abad ke-13,” kata aktivis veteran itu.

Yousef menyifatkan rejim berkenaan hanya berani menyasarkan serangan terhadap golongan kanak-kanak, wanita dan warga emas berdasarkan kadar korban kumpulan itu.

“Ini menunjukkan mereka pengecut, dan berminat menggunakan senjata canggih untuk golongan yang tidak bersenjata dan lemah sahaja,” katanya.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close