Berita UtamaUtama

PH didominasi DAP cuba rungkai sendi utama Perlembagaan

Himpunan kesatuan Melayu-Islam 1946 boleh berulang menentang usaha Malaysian-Malaysia

BANGI, 29 Syawal 1439H, Jumaat – PAS tidak menolak kemungkinan boleh berlaku sekali lagi perhimpunan besar-besaran orang Melayu-Islam, seperti himpunan tahun 1946 menentang Malayan Union.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, umat Islam ketika ini tergugat apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang didominasi DAP, cuba merungkai empat sendi utama Perlembagaan Persekutuan.

“Saya melihat situasi hari ini sudah ada ancaman untuk menghakis empat sendi utama Perlembagaan, seolah-oleh ia menyeru kepada orang Melayu-Islam supaya mengulangi semula himpunan yang pernah mereka lakukan tahun 1946 dahulu.

“Daripada himpunan itulah mereka mengemukakan agenda kehendak masyarakat Islam pada waktu itu yang kemudiannya membawa kepada himpunan besar-besaran menentang Malayan Union,” katanya seperti dilapor portal liberal online, hari ini.

Empat sendi utama Perlembagaan itu merujuk kepada Islam sebagai agama persekutuan, institusi raja sebagai untuk kestabilan politik Malaysia, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewa Bumiputera, khususnya masyarakat Melayu di Semenanjung dan Pribumi Sabah dan Sarawak.

Mengulas lanjut, Dr Zuhdi berkata, PH khususnya DAP kelihatan terlalu ghairah menghakis keempat-empat tonggak Perlembagaan Malaysia itu.

“Kemungkinan himpunan kesatuan Melayu-Islam seperti tahun 1946 boleh berulang kepada menentang usaha Malaysian-Malaysia yang cuba dibawa oleh DAP,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close