AgamaUtama

Pendekatan licik guna nas al-Quran untuk pesongkan umat Islam

Muslim liberal bawa tafsiran yang menyalahi teks agama, ijmak ulama

PENDEKATAN halus ini sewajibnya disedari oleh umat Islam. Pendekatan ini adalah pendekatan yang sangat licik disebabkan umat Islam secara umum akan spontan menolak fahaman yang didapati terang-terangan bersalahan dengan nas al-Quran mahupun hadith sahih.

Maka mereka membawakan tafsiran-tafsiran kepada teks-teks agama yang ada di antaranya menyalahi teks-teks agama bahkan ijma’ ulama’ tetapi masih mendakwa ia hanya menafsirkan teks agama seperti orang lain juga!

Hakikatnya mereka ini hanya membawa pendekatan yang lebih lunak dari golongan tradisional yang menentang teks-teks syarak secara terang-terangan tetapi sebenarnya mereka adalah penentang-penentang kepada nas al-Quran dan hadith-hadith sahih yang membentuk cara hidup dan cara berfikir umat Islam, cuma penentangan dalam bentuk baru iaitu memesongkan dari fahaman sebenar terhadap nas-nas berkenaan.

Di kalangan liberal Muslim, ada kesedaran bahawa idea yang ingin dibawa perlu didasarkan kepada al-Quran. Dalam hal ini, Nurcholish Madjid menyatakan bahawa pemodenan Islam mesti diakarkan kepada al-Quran.

Penjelasan kepada pegangan ini ada dikemukakan oleh Abdullahi An-Na’im yang menganjurkan Muslim liberal untuk berdiskusi dalam kerangka wahyu kerana tanpa sokongan hujah yang diambil daripada teks al- Quran, idea liberal tidak berupaya menarik perhatian.

Sohibus Samahah Ust Zamri Hashim
Timbalan Mufti Negeri Perak
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close