Berita UtamaUtama

137 rakyat Palestin terbunuh sejak 30 Mac

16,100 cedera, termasuk 3,800 wanita dan kanak-kanak

SEMENANJUNG GAZA, 29 Syawal 1439H, Jumaat – Kira-kira 137 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan yang dilakukan rejim pengganas Israel pada perhimpunan besar-besaran ‘Great March of Return’ di sempadan Gaza, sejak 30 Mac lalu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Ashraf al-Qudra dalam satu kenyataan semalam berkata, 16,100 penduduk Palestin cedera, termasuk 8,400 daripadanya dirawat di hospital Semenanjung Gaza.

Menurut Ashraf, 18 kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, dan dua wanita turut menjadi korban dalam pertempuran itu.

“Tragedi berkenaan juga menyebabkan 2,600 kanak-kanak dan 1,200 wanita cedera. 380 kes diklasifikasi sebagai kecederaan serius, dan 4,100 lagi hanya cedera ringan.

“Serangan rejim juga menyebabkan dua kakitangan perubatan terbunuh, 320 mereka cedera dan 45 buah ambulans rosak,” katanya.

30 Mac lalu, kira-kira 30,000 penduduk Palestin berarak dan mengadakan tunjuk perasaan di sempadan Gaza-Israel, bertujuan menyampaikan mesej mengenai hak pelarian Palestin untuk kembali menduduki tanah mereka, yang diceroboh dan dirampas rejim Zionis dalam ‘Peristiwa Nakba’.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close