Berita UtamaDunia

Israel bawa masuk 65,000 buruh asing ganti pekerja Palestin

Tel Aviv memberhentikan mereka konon atas alasan keselamatan

TEL AVIV, 24 Rejab 1445H, Isnin – Israel akan membawa masuk 65,000 pekerja asing dari India, Sri Lanka dan Uzbekistan untuk menyambung semula pembinaan yang terhenti sejak 7 Oktober lalu.

Ia susulan pekerja Palestin dihantar pulang berikutan serangan tanpa henti Israel ke atas Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan penduduk Gaza.

Kira-kira 72,000 pekerja Palestin bekerja di tapak pembinaan di Israel sebelum serangan, yang mendorong kerajaan untuk memberhentikan dan mengecualikan mereka atas alasan keselamatan.

Seramai 20,000 pekerja asing kekal, bagaimanapun hampir separuh tapak bangunan negara ditutup kerana kekurangan buruh.

Jurucakap Kementerian Perumahan berkata, kumpulan pekerja asing baharu dijangka tiba dalam beberapa minggu akan datang.

Ini kerana kerajaan berusaha untuk mengelakkan sekatan bekalan yang akan berisiko menghidupkan semula harga hartanah apabila kadar faedah mula turun.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button