Berita UtamaUtama

‘Pelantikan Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara tergesa-gesa’

Sektor perundangan, kehakiman kini diterajui bukan Islam: PAS

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 28 Syawal 1439H, Khamis – Pelantikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum semalam, dilihat langkah tergesa-gesa dan tergopoh-gapah kerajaan Pakatan Harapan, sedangkan peletakan jawatan Tun Md Raus Sharif berkuat kuasa 31 Julai ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, pelantikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak itu secara tidak langsung menjadikan Malaysia kini mempunyai dua Ketua Hakim Negara, sehingga tarikh rasmi peletakan jawatan Md Raus.

“Mungkinkah juga Tun Md Raus telah dipaksa untuk membuat surat peletakan jawatan yang baru berkuat kuasa serta-merta?

“Jika masih kekal peletakan jawatannya efektif pada 31 Julai, maka apakah ini suatu langkah yang berperlembagaan? Apakah ia juga bermakna sudah ada campur tangan kerajaan dalam sistem kehakiman?,” katanya, hari ini.

Nasrudin berkata, kerajaan PH sekali lagi berjaya memecah rekod dengan pelantikan Ketua Hakim Negara di kalangan bukan Islam sejak pertama kali ia diperkenalkan selepas pembentukan Malaysia pada 1963.

“Kini lengkap posisi tiga serangkai pada sektor kehakiman dikuasai oleh ‘figure’ yang sangat meresahkan umat Islam. Pertama, pelantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (bahagian hal ehwal undang-undang), Datuk Liew Vui Keong.

“Kedua, pelantikan Peguam Negara pada 5 Jun, Tommy Thomas dan pelantikan Malanjum pada 11 Julai sebagai Ketua Hakim Negara,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan tiga posisi berkenaan, apakah masih ada harapan khususnya umat Islam melihat masa depan agama Islam terbela di negara ini.

“Terutama melihat kepada rekod penghakiman Ketua Hakim Negara yang baharu ini, terdapat corak penghakiman yang tidak menyebelahi Islam.

“Malangnya, kerajaan Pakatan Harapan boleh ‘memekakkan’ telinga dari mendengar keluhan dan teguran umat Islam serta tergamak ‘membutakan’ mata daripada melihat bagaimana reaksi bimbang umat Islam terhadap perkembangan ini,” katanya.

Malanjum, 65, mengangkat sebagai Ketua Hakim Negara baharu berkuat kuasa malam tadi, dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara.

Dia antara hakim yang terlibat membenarkan permohonan murtad Lina Joy pada 2007. Dua hakim (orang Islam) tidak bersetuju untuk membenarkan Lina Joy murtad, manakala seorang hakim iaitu Richard Malanjum mengundi untuk membenarkan Lina Joy keluar Islam.

Malanjum juga salah seorang daripada tiga hakim yang mengundi untuk membenarkan kalimah Allah merujuk kepada Jesus, selain terlibat mengundi membatalkan kes penukaran agama tiga anak guru tadika, M Indira Gandhi pada awal tahun ini.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close