Berita UtamaUtama

Palestin henti import buah Israel

Bantah keputusan Netanyahu tutup lintasan komersial Gaza-Israel

SEMENANJUNG GAZA, 28 Syawal 1439H, Khamis – Kementerian Pertanian Palestin di Semenanjung Gaza mengumumkan untuk menghentikan pengimportan buah-buahan Israel, sebagai tindak balas terhadap penutupan lintasan komersial dengan wilayah yang dikepung.

Pengarah Pemasaran Kementerian Pertanian, Tahseen Al-Sakka berkata, keputusan rejim pengganas Israel menutup lintasan itu akan memudaratkan petani Palestin yang sedia terjejas dengan pengepungan dan penggunaan racun herba di sepanjang pagar sempadan.

Penutupan itu termasuk larangan ke atas kemasukan semua barang komersial kecuali bantuan kemanusiaan. Ia turut menyekat sayur petani Palestin dari Gaza untuk dieksport ke Tebing Barat, Jordan dan Israel.

Awal minggu ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan penutupan satu-satunya lintasan komersial antara Israel dan Semenanjung Gaza.

Sebelum penutupan itu, Semenanjung Gaza mengimport kira-kira 20 buah trak iaitu 200 tan buah dari Israel, dan mengeksport 200 tan sayur-sayuran setiap hari.

Tahseen menjangkakan petani di Semenanjung Gaza bakal kehilangan $100,000 pendapatan sehari akibat daripada penutupan itu.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close