Berita UtamaUtama

Kementerian Pendidikan iktiraf UEC ikut manifesto, kata Maszlee

Kerajaan pegang pada janji, tak akan buat pusingan U

BANGI, 28 Syawal,1439H, Khamis – Kementerian Pendidikan akan tetap memberi pengiktirafan kepada Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), seperti yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, kerajaan tidak akan membuat pusingan terhadap manifesto seperti yang dijanjikan kepada rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), yang lalu.

“Kita akan pastikan apa pun dasarnya, keputusan yang kita buat tidak akan ada pusingan u. Kita tidak bercanggah kerana kita bersetuju dengan manifesto berkenaan.

“Apa saja polisi yang dibuat dan keputusan diambil mesti holistik,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan hari ini.

Mengikut manifesto PRU14, PH akan mengiktiraf sijil UEC sebagai syarat am kelayakan untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan syarat pemohon memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM. Untuk tujuan ini, sijil UEC akan dinilai agar setaraf dengan syarat am kelayakan sedia ada untuk kemasukan ke IPTA.

Hal sama diakui Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching baru-baru ini, bahawa pengiktirafan UEC akan selesai sebelum hujung tahun, tanpa perlu melalui perbahasan di Parlimen.

“Mungkin perlu makan masa untuk bina sebuah sekolah, tapi pengiktirafan UEC boleh dibuat secepat mungkin. Saya tak suka buat kerja secara cincai,” katanya.

UEC adalah satu silibus sekolah persendirian Cina yang mana sukatan pelajarannya diambil dari Taiwan. Pengiktirafan UEC bercanggah dengan Dasar Pendidikan dan Akta Pendidikan 1996.

UEC menjadi salah satu isu hangat apabila turut mendapat desakan daripada Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) supaya diiktiraf dalam sistem pendidikan negara.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close