Berita Utama

Jho Low lari ke China

Hartawan Malaysia dipercayai meninggalkan Macau menaiki jet peribadi yang disewa khas

BANGI, 28 Syawal 1439H, Khamis – Ahli perniagaan yang menjadi buruan pihak berkuasa, Low Taek Jho atau Jho Low telah meninggalkan Macau dan dipercayai berada di Tanah Besar China.

South China Ming Post (SCMP) melaporkan, hartawan Malaysia yang kini menjadi pelarian sudah meninggalkan Macau sejak beberapa hari lalu.

Portal itu memetik sumber memaklumkan, Jho Low menaiki kereta atau jet peribadi yang disewa khas, ketika meninggalkan kota raya itu.

Jho Low antara individu yang paling dikehendaki pihak berkuasa ketika ini, dikaitkan dengan rasuah, penyelewengan dan penggubahan wang haram oleh pihak berkuasa beberapa negara berhubung dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jun lalu, Jho Low dikesan berada di Hong Kong dan polis sudah menghantar pegawai ke negara berkenaan bagi menahannya.

Namun, usaha itu gagal berikutan Jho Low sudah meninggalkan negara itu sebelum ke Macau dengan menaiki feri.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close