Berita UtamaUtama

Fadiah sekali lagi dipanggil polis

Peguam pertikai tindakan kerajaan 'Malaysia Baru'

BANGI, 28 Syawal 1439H, Khamis – Polis hari ini sekali lagi memanggil peguam, Fadiah Nadwa Fikri sehari selepas dia hadir memberi keterangan semalam berhubung artikelnya yang mempertikaikan sistem monarki di Malaysia.

Fadiah menerusi tulisan di Facebooknya mendakwa, dipanggil sekali lagi untuk memberi keterangan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman.

Dia mendakwa, siasatan hari ini berkaitan dengan perhimpunan solidariti yang diadakan di hadapan Balai Polis Brickfields, semalam.

“Saya telah dipanggil sekali lagi untuk disoal siasat mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman.

“Siasatan ini berkaitan dengan perhimpunaan solidariti yang berlaku semalam di hadapan Balai Polis Brickfields. Malaysia Baru?,” katanya.

Kenyataan peguam muda itu menerima kecaman dan kritikan pelbagai pihak termasuk pengguna media sosial, kerana lantang mengkritik institusi beraja di negara ini.

Fadiah dalam tulisannya sebelum ini, mempertikai kewujudan sistem beraja di Malaysia yang pada pendapatnya sudah ketinggalan zaman dan tidak boleh lagi diterima atau dipertahankan.

Dia menulis demikian dipercayai merujuk kepada perbuatan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membongkok dan mencium tangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada pertemuan di Johor Bahru, baru-baru ini.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close