Berita UtamaUtama

Bekas pegawai khas Najib direman

Suspek 44 tahun ditahan bantu siasatan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak

PUTRAJAYA, 28 Syawal 1439H, Khamis — Seorang bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak direman empat hari sejak Selasa lalu bagi membantu siasatan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi hari ini, mengesahkan mengenai penahanan individu berusia 44 tahun itu.

Menurutnya, individu itu ditahan pada Isnin lalu selepas dipanggil ke ibu pejabat SPRM di sini bagi memberi keterangan.

Sebelum ini, sebuah portal berita mendakwa bekas pemimpin tertinggi negara menandatangani projek bernilai RM1.25 bilion untuk pemasangan panel tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak.

Pelaksanaan projek itu dikatakan melangkaui proses biasa ditetapkan Kementerian Pendidikan supaya tender projek berkenaan tidak diberikan secara terbuka, sebaliknya diserahkan terus kepada syarikat sewaan kereta di Bintulu.

SPRM sebelum ini sudah menahan tiga individu termasuk seorang pengarah syarikat bagi membantu siasatan berkaitan projek berkenaan.- Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close