Berita UtamaDuniaUtama

Turki tangkap Harun Yahya

Operasi buru 235 pengikut Adnan Oktar dilancarkan di seluruh negara

ISTANBUL, 27 Syawal 1439H, Rabu – Turki hari ini, menangkap penulis dan pendakwah kontroversi, Harun Yahya atau nama sebenarnya Adnan Oktar, selain melancarkan operasi memburu 235 individu yang disyaki menganggotai kumpulannya.

Harun diletakkan dalam senarai orang dikehendaki dalam usaha pihak berkuasa negara itu memerangi jenayah kewangan, kata sumber seperti dilaporkan agensi berita Turki.

Harun juga pernah menggesa Putrajaya supaya menarik balik larangan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh bukan Islam, sambil mengatakan keputusan melarangnya adalah tidak logik.

Anggota polis menutup mulut Harun Yahya bagi mengelakkannya memberi kenyataan kepada media ketika ditangkap. – Gambar Hurreyat

Kumpulannya dituduh melakukan beberapa kesalahan jenayah, termasuk mewujudkan pertubuhan dengan niat jahat, penderaan seks kanak-kanak, hubungan seks dengan budak bawah umur, menculik, melanggar undang-undang percukaian, melanggar undang-undang antipengganas, dan pengubahan wang haram.

Operasi dilancarkan di lima wilayah di seluruh Turki dengan 79 daripada mereka sudah ditangkap setakat ini.

Harun, pemilik rangkaian televisyen ‘A9’, di mana dia menyediakan rancangan yang membincangkan isu keagamaan dan sosial, selain menari bersama wanita yang dipanggilnya ‘anak kucing’.

Dia ditangkap di rumahnya oleh pasukan polis daripada unit jenayah komersial, ketika cuba melarikan diri selepas menyedari polis melancarkan operasi menangkapnya, lapor agensi berita Anadolu.

Menurut akhbar Hurriyet pula, pihak berkuasa merampas senjata, dan kenderaan berperisai di rumahnya.

Ketua Agensi Hal Ehwal Agama Turki, Ali Erbas, sebelum ini, menyifatkan Harun sebagai individu yang sudah hilang keseimbangan mental.

Sebaik ditangkap, Harun dibawa ke Hospital Haseki untuk pemeriksaan.

Menurut laman media sosialnya, dia mendakwa menulis lebih 300 buku yang telah diterjemah kepada 73 bahasa dengan nama pena Harun Yahya. Bukunya juga turut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Terbaharu, hasil tulisannya juga disiarkan akhbar New Straits Times pada 11 April lalu bertajuk ‘Six-trillion-dollar grave’.

Anggota kumpulan Harun Yahya turut ditangkap. – Gambar Hurreyat

Sebelum ini, pendakwah bebas, Ustaz Abdul Naser Abdul Rahman atau Xifu Naser, buku Harun menjadi sumber bacaan utama pelajar universiti dan pendakwah muslim yang berdepan ancaman falsafah Barat ketika kebanyakan buku golongan ulama dan ustaz hanya menyentuh isu fiqah yang sempit dan tidak mampu menjawab persoalan multikultural.

Katanya, karangan ‘jemaah’ Harun memberi kritikan yang tajam kepada darwinisme, kapitalisme, komunisme, materialisme, selain membongkar bahawa sains sebenarnya bersifat prejudis dan tidak objektif.

“Harun Yahya juga menulis buku tentang siapa sebenarnya Ahlus Sunnah. Baginya, aqidah Ahlus Sunnah adalah berlandaskan Mazhab Ash’ariyyah dan Maturidiyyah. Ahlus Sunnah wajib percaya pada karamah wali-wali yang mampu menaqalkan ilmu ladunni,” katanya.

Bagaimanapun, Harun menggegarkan dunia dakwah apabila mengaku secara terbuka bahawa dia menerima anugerah Grand Master freemason.

Xifu Naser berkata, sebagai Grand Master, Harun diberi sokongan penuh oleh freemason untuk menubuhkan lodge atau markas freemason.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close