Berita UtamaUtama

Ramasamy, Kulasegaran perlu pamer sikap moderat

Presiden Isma saran dua pemimpin DAP anjur dialog dengan Zakir Naik

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 27 Syawal 1439H, Rabu – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman menyarankan supaya dua pemimpin parti rasis dan cauvinis, DAP bersikap terbuka berhubung isu pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik.

Merujuk desakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P. Ramasamy, termasuk Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran sebelum ini, Ustaz Abdullah Zaik berkata, kedua-dua pemimpin berkenaan boleh mengadakan dialog bersama Zakir Naik jika merasakan pandangannya bertentangan.

Beliau berkata, sebagai pimpinan yang bersama dalam kerajaan ‘Malaysia baharu’, mereka sepatutnya lebih bersikap sederhana dan tidak mudah melatah dengan isu Zakir Naik.

“Kita semua masyarakat terdidik punya akal yang rasional, dan boleh membezakan yang betul dan yang salah. Mereka seharusnya bersikap sederhana dan moderat.

“Ramasamy dan Kulasegaran sepatutnya menerima setiap pandangan berbeza,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Sebelum ini, Ramasamy mencadangkan supaya kerajaan menghantar pulang Zakir Naik ke India sebagai menghormati perjanjian ekstradisi Malaysia dengan negara itu.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendirian bahawa kerajaan tidak akan tunduk terhadap mana-mana desakan untuk menghantar pulang Zakir Naik, berikutan beliau telah diberi status penduduk tetap di Malaysia.

“Selagi dia tak timbulkan masalah, kita tidak akan hantar dia pulang kerana dia ada status penduduk tetap,” kata Dr Mahathir.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close