Berita UtamaUtama

Musa dijangka pulang ke Malaysia tak lama lagi

Tiada keperluan hantar pasukan kesan bekas KM Sabah di UK : KPN

KUALA LUMPUR, 27 Syawal 1439H, Rabu – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dijangka pulang ke Malaysia tidak lama lagi, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata, Bukit Aman telah memaklumkan kepada pihak berkenaan, termasuk polis United Kingdom (UK) bahawa Musa adalah individu dikehendaki ketika ini.

“Bagaimanapun, saya yakin dia akan kembali tidak lama lagi. Saya tidak melihat keperluan untuk menghantar pasukan kita mengesannya di sana,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, tindakan selanjutnya akan diambil terhadap Musa sebaik sahaja beliau kembali ke negara ini.

Polis sebelum ini, meminta Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan notis merah untuk mencari dan mengesan pemimpin Barisan Nasional (BN) itu, yang dipercayai berada di UK.

26 Jun lalu, Musa mendakwa beliau berada di negara itu atas urusan perubatan dan peribadi. Beliau mendakwa telah meninggalkan Malaysia secara sah pada 16 Mei lepas.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close