Berita Utama

Apa istimewanya gesaan Hua Zong masuk TV2?

Selama ini begitu susah NGO Melayu dapat ruang bersuara di arus perdana

BARU-BARU ini, kerajaan Sabah yang baru sahaja ditubuhkan selepas Pilihanraya Negeri (PRN) mengumumkan bahawa mereka sedang mempertimbangkan melantik wakil Cina dalam kabinet Sabah kerana tiada seorang pun ADUN kerajaan yang menang dari kalangan masyarakat Cina (semuanya ‘solid’ pada DAP-WARISAN). Saya ada ulas mengenai isu ini [1].

Rupa-rupanya Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Cina ada mengeluarkan kenyataan menggesa agar kerajaan Sabah melantik wakil dalam kabinet Sabah [2].

Saya tidak pasti apakah ada kaitannya dengan pengumuman Ketua Menteri Sabah baru-baru ini yang sedang mempertimbangkan perlantikan wakil Cina ke dalam kabinet itu. 

Yang lebih menarik, kenyataan itu mendapat liputan khas di berita RTM TV2, yang merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Saya tidak pasti apakah istimewanya mereka ini sehingga mendapat liputan khas sebegitu. Kami NGO-NGO Melayu punyalah susah untuk mendapat liputan televisyen arus perdana kerajaan [3]. 

Semua ini boleh didapati di laman Facebook rasmi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Cina (Hua Zong). Hua Zong inilah yang mendapat perjumpaan tertutup khas bersama Perdana Menteri beberapa bulan yang lalu [4].

Ini telah mencetuskan kontroversi yang mengkhabarkan kerajaan berjanji akan mengiktiraf UEC seperti dilaporkan di akhbar-akhbar Cina. Namun, perkara itu dinafikan oleh kerajaan [5].

Jika saya tidak mendedahkan perkara ini, maka saya pasti tiada siapa yang tahu dan sedar. Akhirnya rakyat terus diperbodohkan dan Sang Politikus akan terus dikuasai oleh pihak-pihak tertentu. Fikir-fikirkanlah.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Haji Aminuddin Yahaya

Rujukan:

[1] https://ismaweb.net/2020/09/30/apa-nak-jadi-pemimpin-cina-tetap-dilantik-jawatan-penting-walaupun-kalah-teruk/

[2] https://www.facebook.com/huazong/posts/10157429983837256

[3] https://www.facebook.com/huazong/videos/3534539083275648

[4]https://www.malaysiakini.com/news/534934

[5]https://malaysiagazette.com/2020/07/20/hua-zong-sahkan-pm-tidak-menyatakan-mahu-mengiktiraf-uec/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button