Berita UtamaUtama

Adun DAP diugut bunuh

Syerleena Abdul Rashid buat laporan polis di Pulau Pinang

GEORGETOWN, 27 Syawal 1439H, Rabu – Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima daripada DAP, Syerleena Abdul Rashid menerima ugutan bunuh di pusat khidmatnya di Gelugor, di sini petang semalam.

Syerleena, 38, berkata, nota ugutan itu dijumpainya bersama timbunan surat di peti surat pusat khidmatnya itu pada 3.30 petang sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Jelutong pada 7 malam hari sama.

Beliau tidak mengetahui motif nota itu dihantar dan tidak menolak kemungkinan ia berkait dengan fitnah terhadapnya yang tular dalam Facebook sejak Mac tahun lepas, kononnya beliau akan menyerang institusi Islam, terutama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) demi DAP.

Walau telah menyangkal fitnah itu, ia timbul semula pada April lepas sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14, katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, ini adalah pertama kali beliau menerima ugutan sedemikian dan berharap pihak polis dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui motif sebenar dan suspek yang terlibat. – Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close