Berita UtamaDuniaUtama

1MDB: Switzerland siasat enam individu

AS$404 juta dibekukan untuk bantu lengkap siasatan

BERN, 27 Syawal 1439H, Rabu – Switzerland menyiasat enam individu kerana disyaki terlibat pengubahan wang haram, memberi rasuah kepada pegawai asing dan beberapa kesalahan lain berkaitan dengan syarikat pelaburan kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pejabat Peguam Negara Switzerland dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengesyaki dana yang diperoleh untuk projek-projek pembangunan ekonomi 1MDB dan anak syarikatnya, SRC International telah dicuri.

“Semua atau sebahagian daripada pembiayaan yang diperoleh didakwa telah digunakan untuk tujuan lain, terutamanya memperkayakan individu terlibat,” kata Peguam Negara, Micahel Lauber.

1MDB kini dalam siasatan membabitkan pengubahan wang haram, melibatkan sekurang-kurangnya enam negara termasuk Switzerland, Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Jabatan Keadilan AS (DOJ) mengesahkan kira-kira AS$4.5 bilion telah disalahgunakan daripada 1MDB, syarikat yang diasaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Lauber pada sidang media di Kuala Lumpur selepas bertemu dengan Peguam Negara Malaysia berkata, kira-kira AS$7 bilion dana daripada 1MDB dan SRC International telah mengalir keluar menerusi sistem kewangan global antara tahun 2009 hingga 2015.

“Ini adalah apa yang dilihat dalam penyiasatan kami di Switzerland, jadi sebahagian daripadanya, mungkin melalui Switzerland dan yang lain ke tempat lain,” katanya.

Katanya, Switzerland juga telah membekukan AS$404 juta sebagai sebahagian daripada siasatan. Pihaknya akan melihat semula untuk memulangkan beberapa dana itu kepada Malaysia, sebaik siasatan selesai.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close