Berita UtamaDuniaUtama

14 maut dalam serangan pengebom bunuh diri

Ahli politik Pakistan antara terbunuh ketika diserang dalam kempen pilihan raya parti ANP

ISLAMABAD, 27 Syawal 1439H, Rabu – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh, termasuk ahli politik terkenal, Haroon Bilour dalam satu serangan bom bunuh diri pada perhimpunan pilihan raya di sebuah bandar di barat laut Peshawar, Pakistan semalam.

Polis tempatan mengesahkan kempen pilihan raya yang dianjurkan Parti Nasional Awami (ANP) turut mencederakan kira-kira 65 yang lain.

Bilour merupakan calon wakil rakyat pada pilihan raya umum yang dijadual diadakan 25 Julai ini. Bapanya, Bashir Bilour yang juga seorang ahli politik ANP, dibunuh oleh seorang pengebom bunuh diri pada tahun 2012.

Polis berkata, pengebom bertindak meletupkan diri ketika Bilour berkumpul bersama 200 penyokongnya.

“Berdasarkan siasatan awal kami mendapati, serangan itu adalah serangan bunuh diri yang menyasarkan Haroon Bilour,” kata pegawai polis, Shafqat Malik.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan yang dilakukan itu.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close