Berita UtamaUtama

Ustaz Kazim terpaksa jual unit tahfiz

Pengasas Al Barakah akui tak mampu tanggung kos operasi yang mencecah RM150,000 sebulan

BANGI, 26 Syawal 1439H, Selasa – Pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias mengesahkan akan menjual Unit Tahfiz Darul Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah miliknya di Manjoi.

Beliau yang lebih dikenali panggilan Ustaz Kazim berkata, penjualan itu terpaksa dilakukan kerana tidak mampu menampung kos pentadbiran pusat berkenaan yang mencecah RM150,000 sebulan. 

“Pusat pendidikan ini terbahagi kepada tiga iaitu Unit Tahfiz, Tadika Nurul Barakah dan Pengajian Pondok Moden dan saya akan menjual hanya Unit Tahfiz seperti disiarkan di laman mudah.my.

“Keputusan ini memang amat sedih tetapi terpaksa diambil kerana saya memikirkan nasib guru serta 100 pelajar. Bagaimanapun penjualan ini dapat menampung kos pentadbiran dua lagi unit di pusat ini,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Beliau yang merupakan pengasas dan pengetua di Al Barakah mengakui menghadapi masalah kewangan ekoran tidak lagi mendapat panggilan kuliah serta ceramah.

“Kami tidak pernah minta derma daripada mana-mana pihak, parti politik atau sertai parti politik dan keseluruhan kos dibiayai melalui ceramah, kuliah, penjualan buku-buku diterbitkan dan program-program televisyen.

“Tetapi sejak dua tiga bulan ini saya rasa macam ada satu usaha menyekat ceramah saya, dibatalkan dan dihalang, saya rasa kalau keadaan ini berterusan, saya tidak mampu menampung Al Barakah,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close