Berita UtamaDunia

Taliban lantik 44 pegawai atasan sejak ambil alih kerajaan

Mahu buktikan mampu tadbir dan tangani krisis ekonomi negara

KABUL, 3 Rabiulakhir 1443H, Isnin – Kerajaan Taliban melantik 44 pegawai utama termasuk gabenor wilayah dan ketua polis dalam usaha memperkukuhkan pentadbiran negara daripada ancaman keselamatan dan masalah ekonomi.

Pelantikan berkenaan merupakan pemilihan berskala besar yang dilakukan sejak Kabinet ditubuhkan September lalu.

Memetik Reuters, pelantikan berkenaan termasuk Qari Baryal yang berkhidmat sebagai Gabenor Kabul manakala Wali Jan Hamzah pula dilantik sebagai Ketua Polis yang baharu di Kabul.

Pelantikan beberapa pegawai atasan itu dibuat kerana Taliban mahu membuktikan kepada semua bahawa pihaknya berjaya mentadbir negara selain berjuang untuk mengatasi ancaman keselamatan dan mencapai kestabilan ekonomi negara.

Minggu lalu, bekas Ketua Tentera Kabul Mawlawi, Hamdullah Mukhlis yang terbunuh dalam serangan hospital tentera, lapor Reuters.

Serangan berkenaan termasuk tembakan dan dua letupan kuat telag mengorbankan kira-kira 25 penduduk manakala lebih 50 yang lain cedera.

Negara itu turut menyaksikan peningkatan serangan berani mati oleh Kumpulan Daesh-Khorasan (ISIS-K) yang beroperasi di Afghanistan.

Keadaan ekonomi di negara itu masih dalam krisis sejak pengambil alihan pentadbiran Ogos lalu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button