Berita UtamaUtama

Rosmah nafi beli emas RM60 juta daripada firma Lubnan

Dakwaan GRT barang kemas dibeli dengan dana dicuri tidak berasas

KUALA LUMPUR, 26 Syawal 1439H, Selasa –  Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menafikan membeli barang kemas yang disenaraikan dalam saman sivil Global Royalty Trading SAL (GRT).

Rosmah disaman seorang syarikat emas daripada Lubnan berjumlah hampir RM60 juta, selepas 44 barangan kemas yang dihantar kepadanya pada Februari, dirampas pihak berkuasa Malaysia Mei lalu.

Antara barang kemas tersebut adalah kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, setiap 1 bernilai antara AS$124,000 (RM499,000) hingga AS$925,000 (RM3.7 juta).

Bagaimanapun peguam Rosmah, Datuk Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram hari ini menolak dakwaan GRT mengatakan anak guamnya membeli barang kemas berkenaan.

“Dakwaan yang tersebar mengatakan barangan kemas yang disenarai GRT itu dibeli, dan dibeli dengan dana yang dicuri, adalah sama sekali tidak berasas dan tidak benar,” katanya.

Menerusi dokumen GRT, ia mengesahkan saman telah dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu, melalui firma Tetuan David Gurupatham dan Koay.

Dalam pernyataan tuntutannya, firma yang berpangkalan di Beirut itu mendakwa, Rosmah adalah pelanggan lama, dan syarikat itu turut menjual barangan kemas di seluruh dunia, termasuk kepada kerabat diraja.

GRT juga mendakwa ada kalanya, Rosmah akan meminjam barang kemas itu, dan dia atau ejennya akan menerima barangan berkenaan di Kuala Lumpur, Singapura atau Dubai.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close