Berita UtamaDuniaUtama

24 maut dalam insiden kereta api tergelincir

Hujan lebat dan tanah runtuh punca tragedi

ISTANBUL, 26 Syawal 1439H, Selasa – Kira-kira 24 orang terbunuh apabila sebuah kereta api tergelincir di barat laut Turki, kata Timbalan Perdana Menteri, Recep Akdag semalam.

Agensi berita Anadolu melaporkan, sekurang-kurangnya 73 orang yang lain tercedera dalam nahas itu.

Kereta api yang membawa 362 penumpang itu tergelincir pada petang Ahad di rantau Tekirdag ketika menuju ke Istanbul.

Akdag berkata, operasi pencarian telah selesai di sekitar bangkai kereta api.

Kereta api itu dilaporkan tergelincir ekoran hujan lebat dan tanah runtuh.

Gabenor tempatan di Tekirdag, Mehmet Ceylan memaklumkan ambulans helikopter telah tiba di tempat kejadian dan mengangkut mereka yang tercedera untuk dibawa ke hospital. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close