Berita UtamaDuniaUtama

Palestin tetap bayar gaji banduan

Israel sekat AS$130 juta hasil cukai Palestin sebagai denda

RAMALLAH, 25 Syawal 1439H, Isnin – Pihak Berkuasa Palestin (PA) akan terus membayar gaji tahanan dan banduan Palestin yang dibebaskan walaupun undang-undang Israel menolak dasar itu.

Israel sebelum ini berulang kali mendesak kerajaan Palestin supaya berhenti membayar gaji atau memberi sebarang bantuan kewangan kepada tahanannya dan keluarga mereka.

Minggu lalu, Israel menggubal undang-undang baharu dengan memerintahkan untuk sebahagian iaitu AS$130 juta hasil cukai yang dikumpul Palestin setiap bulan di bawah perjanjian damai interim disekat, kononnya sebagai denda.

“Wang yang kita bayar kepada keluarga tahanan dan syahid, walaupun ditolak oleh Israel, kita tidak akan membenarkan sesiapa pun campur tangan.

“Kerajaan akan terus membayar mereka seperti biasa. Kita akan mencari langkah terbaik untuk menangani perkara ini,” kata Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Menurut pegawai Palestin, bayaran kepada tahanan yang dipenjara lama adalah lebih tinggi berbanding yang menjalani hukuman untuk tempoh singkat.

Pegawai itu berkata, dianggarkan kira-kira 6,500 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close