Berita UtamaDunia

41 maut, 15 hilang bot karam di Phuket

Carian mangsa diperluaskan hingga ke Pulau Phi Phi, wilayah Phang Nga

PHUKET, 25 Syawal 1439H, Isnin – Pihak berkuasa mengesahkan 41 terkorban dalam tragedi bot karam di Phuket akibat cuaca buruk, Khamis lalu.

Pengarah Hospital Vachira Phuket, Chalermpong Sukontapol berkata, daripada 41 pelancong China yang terkorban, lapan adalah kanak-kanak lelaki, lima kanak-kanak perempuan, 10 lelaki dewasa dan 18 wanita.

Penyelam, termasuk 17 orang dari China merancang mengambil mayat dari bot berkenaan semalam, namun dibatalkan berikutan cuaca buruk.

Selain mereka yang terkorban, pihak berkuasa turut mengesahkan 15 mangsa masih hilang dipercayai terperangkap di dalam bot yang karam, manakala 49 penumpang lagi selamat.

Ketika kejadian bot berkenaan membawa 105 orang, termasuk 93 pelancong China dan 12 anak kapal Thailand.

Difahamkan pesawat dan kapal telah meluaskan kawasan carian dari Phuket sehingga ke Pulau Phi Phi dan wilayah Phang Nga. Pasukan pencari juga menjelajah pantai bagi mengesan kemungkinan mayat hanyut. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close