Berita UtamaDuniaUtama

4 mangsa diselamatkan, 8 masih terperangkap dalam gua

11 jam untuk ke kawasan mangsa terperangkap kerana laluan sempit

CHIANG RAI, 25 Syawal 1439H, Isnin – Empat daripada 13 mangsa yang terperangkap dalam gua Tham Luang di wilayah Chiang Rai, utara Thailand berjaya diselamatkan malam tadi.

Lapan remaja yang juga pemain bola sepak muda dan seorang jurulatih mereka masih terperangkap dalam gua berkenaan.

Pegawai penyelamat berkata, operasi ditangguh dan dijadual bersambung semula pada jam 7 pagi waktu tempatan, bergantung kepada keadaan cuaca.

Difahamkan, pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira 11 jam untuk sampai ke ruang kawasan terperangkap, dengan laluan sempit iaitu 0.6 meter.

Mangsa yang terselamat telah dipindahkan ke sebuah hospital di Chiang Rai, kira-kira 60 kilometer dari gua terbabit untuk menerima rawatan.

Terdahulu, 13 mangsa dari Akademi Bola Sepak “Mu Pa” (babi hutan) itu terperangkap di dalam gua yang terletak berhampiran sempadan Thai-Myanmar berkenaan sejak 13 Jun lalu, dalam insiden yang menarik perhatian dunia.

Usaha membawa keluar remaja berusia 11 hingga 16 tahun terbabit serta jurulatih mereka yang berusia 25 tahun terpaksa dipercepat susulan musim monsun yang diramal bermula hari ini.

Musim monsun akan membawa hujan lebat di kawasan pergunungan tersebut dan akan menyebabkan paras air di dalam gua berkenaan naik, sekali gus mengancam keselamatan mangsa.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close