Berita UtamaDunia

Gempa bumi cetus pergerakan Anatolia hingga 10 meter

Wujud garis sesar baharu di sempadan antara Turkiye, Syria

ANKARA, 17 Rejab 1444H, Rabu – Anatolia bergerak sehingga 10 meter (hampir 33 kaki) akibat gempa bumi kuat pada Isnin yang menggegarkan selatan Turkiye, kata ahli seismologi Itali.

Alessandro Amato dari Institut Geofizik dan Vulkanologi Kebangsaan (INGV) berkata, gempa bumi mengaktifkan garis sesar baharu di sempadan antara Turkiye dan Syria, menyebabkan anjakan tanah sehingga 10 meter.

“Terdapat pergerakan melintang,” katanya, sambil menambah tanah tergelincir secara mendatar di sepanjang dua tepi garisan sesar dengan orientasi ke kiri, ke arah Laut Aegean.

Secara berasingan, seorang penyelidik kanan Tinjauan Geologi Kebangsaan Denmark dan Greenland (GEUS), Tina Larsen berkata, gegaran daripada gempa bumi itu dirasai di Denmark dan Greenland, menurut penyiar Greenland KNR.

Sekurang-kurangnya 5,894 orang terbunuh, dan 31,777 lagi cedera di Turkiye selepas dua gempa bumi kuat, menurut angka terbaru yang diumumkan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

Beliau berkata, lebih 8,000 orang juga telah diselamatkan setakat ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button