Berita UtamaDuniaUtama

Jho Low sembunyi di Hong Kong sebelum ke Macau

Laporan dedahkan hartawan Malaysia sewa beberapa unit apartment mewah

HONG KONG, 24 Syawal 1439H, Ahad – Hartawan Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low didakwa berada di Hong Kong selama beberapa bulan, sebelum bersembunyi di Macau, lapor South China Morning Post.

Akhbar Hong Kong itu dalam laporannya mendakwa, Jho Low bersembunyi di bandar besar itu dengan menyewa beberapa unit apartmen mewah dengan kadar sewa sehingga RM118,385 sebulan.

Jho Low dilaporkan menyewa beberapa unit kediaman apartmen di tingkat 32,34 dan 35 Pacific Place Apartment di Admiralty, Hong Kong.

“Jho Low berada di Hong Kong selama beberapa bulan. Dia tinggal di sebuah apartmen di Pasific Place dengan keluarganya.

“Mereka berpindah dari Pacific Place dan pergi ke Maca beberapa hari yang lalu, walaupun dia menjadi individu dikehendaki Interpol,” kata sumber akhbar itu.

Menerusi carian di laman web apartment itu, sebuah bilik tidur dengan keluasan 1,220 kaki persegi disewa dengan harga RM43,236 sebulan, sementara rumah tiga bilik dengan keluasan 2,650 kaki persegi adalah RM118,385 sebulan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan bahawa Jho Low berada di Macau, berdasarkan maklumat yang diterima daripada pegawai yang dihantar ke sana.

Akhbar itu mendakwa, pihak berkuasa Hong Kong tidak melakukan penahanan terhadap Jho Low – walaupun tersenarai dalam notis merah Interpol – kerana tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada Malaysia untuk berbuat demikian.

“Polis Hong Kong tidak boleh menangkap dia (Jho Low), walaupun berada dalam notis merah Interpol. Ia hanya akan bertindak jika menerima permohonan rasmi daripada negara asal,” kata sumber.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close