Berita UtamaDuniaUtama

Dua mangsa terperangkap dalam gua diselamatkan

Pasukan penyelamat bawa keluar mangsa paling lemah

CHIANG RAI, 24 Syawal 1439H, Ahad – Dua daripada 12 remaja yang terperangkap dalam guan Tham Luang di wilayah Chiang Rai, utara Thailand dilaporkan telah berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat hari ini, lapor BBC.

Ketua Jabatan Kesihatan Chiang Rai berkata, dua remaja yang juga pemain bola sepak muda terbabit sedang menerima rawatan dan pemeriksaan kesihatan di khemah berhampiran gua berkenaan.

“Mangsa sedang menjalani pemeriksaan fizikal dan masih belum dipindahkan ke hospital Chiang Rai. Operasi menyelamat tidak memakan masa panjang,” katanya.

Difahamkan, proses menyelamat 13 mangsa, termasuk seorang jurulatih dimulakan dengan membawa keluar mangsa yang paling berisiko dan lemah.

Terdahulu, Gabenor Chiang Rai mengesahkan usaha membawa keluar kesemua mangsa terperangkap bermula jam 10 pagi waktu tempatan dengan mangsa pertama dijangka diselamatkan pada jam 9 malam.

Kesemua 13 mangsa dari Akademi Bola Sepak “Mu Pa” (babi hutan) itu terperangkap di dalam gua yang terletak berhampiran sempadan Thai-Myanmar berkenaan sejak 13 Jun lalu dalam insiden yang menarik perhatian dunia.

Usaha membawa keluar remaja berusia 11 hingga 16 tahun terbabit serta jurulatih mereka yang berusia 25 tahun terpaksa dipercepat susulan musim monsun yang diramal bermula hari ini.

Musim monsun akan membawa hujan lebat di kawasan pergunungan tersebut dan akan menyebabkan paras air di dalam gua berkenaan naik, sekali gus mengancam keselamatan mangsa.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close