Berita UtamaUtama

‘Bantah pusat hiburan, pelacuran bukan sekolah tahfiz’

Mufti Kelantan nasihat Zainuddin supaya sokong perkara yang martabatkan Islam

KUALA LUMPUR, 24 Syawal 1439H, Ahad – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Tan Sri Zainuddin Maidin sepatutnya membantu memperbaiki kelemahan sekolah tahfiz, bukannya menggesa supaya ditutup. 

Katanya, sebagai orang Islam, bekas Menteri Penerangan itu perlu menyokong perkara-perkara yang memartabatkan agama Islam. 

“Dia (Zainuddin) sepatutnya menentang pusat-pusat pelacuran, kedai-kedai minuman keras, itu yang patut disarankan untuk ditutup dengan segera, bukannya pusat tahfiz,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Zainuddin dalam blognya semalam, mencadangkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa agar semua sekolah tahfiz di negara ini ditutup kerana tidak memberikan harapan masa depan kepada generasi baharu Islam.

Zainuddin juga mahu Mujahid mencegah sekolah agama menjadikan ‘pakaian Arab’ sebagai pakaian seragam.

Mengulas lanjut Shukri berkata, Zainuddin tidak seharusnya menilai penubuhan pusat tahfiz dengan sudut pandangan yang tidak jelas, sebaliknya memandang penubuhan institusi itu sebagai satu tanggungjawab umat Islam menunaikan fardu kifayah.

“Jika dia mempersoalkan penubuhan institusi tersebut tidak memberi masa depan kepada generasi baharu Islam, kenapa tidak sama-sama bertanggungjawab memperbaiki kelemahannya dan membawa pendekatan supaya institusi ini mempunyai hala tujunya?” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close