Berita UtamaUtama

Akaun derma bantu Najib dibeku

Tabung Solidariti Najib masih beroperasi dan dibuka sehingga jam 12 tengah hari esok

BANGI, 24 Syawal 1439H, Ahad – Akaun bank yang dibuka UMNO Pekan untuk membantu bayaran ikat jamin Ahli Parlimennya yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibekukan.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii, sambil mengesahkan akaun berkenaan tidak lagi berfungsi sejak semalam.

“Orang ramai yang mahu menderma ke dalam tabung berkenaan tidak lagi dapat berbuat demikian. Begitu juga untuk mengeluarkannya ia tidak dibenarkan,” katanya.

Bagaimanapun, tabung derma bantuan kepada Najib yang dikendalikan bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii masih beroperasi.

Razlan dalam Twitternya menulis, akaun sumbangan Belia Berkhidmat untuk Tabung Solidariti Najib masih beroperasi seperti biasa, tidak dibekukan, malah akan dibuka sehingga jam 12 tengah hari esok.

Setakat jam 5 petang semalam, dana itu telah mengumpul derma berjumlah RM223,908.

Akaun bank berkenaan bertujuan membantu Najib membayar sebahagian lagi wang ikat jamin berjumlah RM500,000 pada esok.

Najib telah membayar ansuran pertama RM500,000 pada hari Rabu lalu selepas meminta untuk dibicarakan mahkamah terhadap tiga pertuduhan pecah amanah dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close