Berita UtamaDunia

49 maut, 50 masih hilang tanah runtuh di Jepun

1.6 juta penduduk diarah pindah segera cari tempat perlindungan

TOKYO, 24 Syawal 1439H, Ahad – Sekurang-kurangnya 49 maut dan 50 lagi masih hilang apabila hujan lebat  melanda barat dan tengah Jepun sehingga menyebabkan tanah runtuh di beberapa wilayah, sejak Jumaat lalu.

Sementara itu, 1.6 juta penduduk lagi diarahkan berpindah daripada kediaman masing-masing, dan mencari tempat selamat untuk perlindungan sementara.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga berkata, kira-kira 48,000 anggota polis, bomba dan tentera telah dikerahkan bagi membantu mangsa di lebih 100 lokasi yang dilanda tanah runtuh.

Agensi Meteorologi Jepun mengekalkan amaran cuaca khas untuk tiga wilayah di kepulauan utama Honshu berbanding di lima wilayah sebelum ini dan menggesa penduduk berjaga-jaga dengan tanah runtuh, peningkatan paras sungai.

Rakaman daripada helikopter menunjukkan ramai mangsa berada di atas bumbung melambai meminta bantuan terutamanya di Kurashiki. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close