Berita UtamaUtama

Suspek bunuh Adam Rayqal tiada rekod jenayah lampau, negatif dadah

Siasatan terperinci kenal pasti motif sebenar kejadian: Polis

BANGI, 22 Syawal 1439H, Jumaat – Polis mengesahkan suspek kes bunuh bayi lelaki berusia lima bulan di Jalan Nokhoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves kelmarin, tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, hasil pemeriksaan juga mendapati suspek negatif daripada sebarang unsur penggunaan dadah.

Bagaimanapun, beliau berkata, polis kini sedang menjalankan siasatan terperinci terhadap suspek bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian itu.

“Suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan urinnya juga negatif. Buat masa ini kita masih belum mengetahui motif sebenar suspek berikutan siasatan terperinci masih berjalan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian, hari ini.

Katanya, suspek berusia 33 tahun bersama rakan serumahnya berusia 36 tahun direman sehingga 10 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian pada Selasa lalu, Adam Rayqal berusia lima bulan dilaporkan hilang selepas didakwa diambil seorang lelaki, sebelum ditemui mati di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, kira-kira jam 11 malam.

Mayat bayi malang terbabit disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau ketika ditemui oleh sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.

Hasil bedah siasat terhadap mangsa menemui kesan retak pada tempurung kepala sebelah kiri serta pendarahan di bahagian kanan otaknya yang menjadi punca kematian bayi itu.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close