Berita UtamaUtama

‘Siasatan 1MDB 50 peratus selesai’

KP SPRM mahu fokus siasatan berkaitan RM2.6 bilion

KUALA LUMPUR, 22 Syawal 1439H, Jumaat – Siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah 50 peratus selesai, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Beliau yang ditemui selepas istiadat mengangkat sumpah jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM di Istana Negara di sini hari ini, berharap proses siasatan kes akan selesai dijalankan secepat mungkin.

“Saya bersyukur atas pelantikan ini dan ini merupakan satu amanah besar kepada saya untuk menjalankan tugas yang diberikan.

“Fokus saya ketika ini tetap menjalankan kes sekarang iaitu berkaitan RM2.6 bilion. Doakan supaya kes ini diselesaikan secepat mungkin,” katanya merujuk kepada RM2.6 billion yang dikatakan telah disalurkan ke akaun peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebelum ini, SPRM telah memanggil tiga individu bagi memberi keterangan berhubung kes 1MDB iaitu Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan anak tiri Najib, Riza Aziz.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close