Berita UtamaUtama

Mohd Shukri angkat sumpah KP SPRM

Istiadat pelantikan selaras Seksyen 5(7) Akta SPRM 2009

BANGI, 22 Syawal 1439H, Jumaat – Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengangkat sumpah sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke-13, dalam satu istiadat di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara, hari ini.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, Yang di-Pertuan Agong pada 21 Mei lalu, telah memperkenan pelantikan Mohd Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya baharu SPRM bagi tempoh dua tahun, mulai 18 Mei 2018 sehingga 17 Mei 2020.

Kenyataan itu berkata, istiadat hari ini selaras dengan Seksyen 5 (7) Akta SPRM 2009, di mana setiap Ketua Pesuruhjaya yang dilantik perlu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Mohd Shukri, 58, telah berkhidmat selama 32 tahun bersama SPRM, sebelum bersara pada 4 Oktober 2016 dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi).

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan berpengalaman luas dalam mengendalikan kes-kes rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanifa Maindin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close