Berita UtamaDuniaUtama

Ribuan kakitangan UNRWA berhimpun bantah pemotongan dana

150,000 pelarian Palestin terkesan tindakan AS sekat peruntukan

SEMENANJUNG GAZA, 21 Syawal 1439H, Khamis – Ribuan kakitangan Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sekali lagi berhimpun di luar ibu pejabat agensi PBB di sini, bagi membantah dasar pemotongan peruntukan kepada badan kemanusiaan itu.

Protes berkenaan turut menggesa agensi itu membatalkan keputusan untuk memecat kakitangan UNRWA, berikutan krisis kewangan yang dihadapinya ketika ini.

Mereka turut memberi amaran bahawa jika tuntutan itu diabaikan, protes berkenaan akan diteruskan di ibu pejabat Pesuruhjaya PBB di Gaza, serta menggesa penganjur ‘Great March of Return’ turut sama menyokong dan mengadakan demontrasi pada Jumaat ini.

Penunjuk perasaan turut berjanji akan menganjurkan persidangan di Beit Hanoun (Erez) jika krisis terhadap hak mereka tidak dapat diselesaikan.

Mereka berkata, ribuan pelajar dijangka tidak dapat meneruskan pembelajaran di sekolah bagi sesi akademik akan datang akibat daripada pemotongan dana ke atas UNRWA.

Januari lalu, kerajaan AS mengumumkan rancangan untuk menyekat AS$65 juta bantuan kepada UNRWA, sehingga mengheret agensi berkenaan kepada krisis kewangan.

UNRWA sebelum ini memberi amaran bahawa agensi itu tidak lagi mempunyai dana untuk program pusingan ketiga dan keempat agensi itu, berikutan mengalami defisit sebanyak AS$246 juta.

UNRWA juga telah menghentikan beberapa programnya dan mengkaji semula dasar mengenai pengagihan bantuan makanan, yang menyaksikan lebih 150,000 pelarian di Tebing Barat terjejas.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close