Berita UtamaDuniaUtama

Delegasi tentera UAE lawat Israel

Media Zionis dakwa UAE mahu beli jet pejuang buatan AS

ABU DHABI, 21 Syawal 1439H, Khamis – Delegasi tentera Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan kini berada di Israel bagi mengadakan lawatan rasmi ke negara itu.

Menurut media Israel, kunjungan delegasi berkenaan didakwa bertujuan untuk mengkaji semula kecanggihan dan kemajuan jet pejuang kalis radar F-35, buatan Amerika Syarikat (AS).

“Angkatan Udara Israel menjadi tuan rumah kepada delegasi ketenteraan dari UAE untuk melihat prestasi jet pejuang F-35, buatan AS.

“Kunjungan itu turut dihadiri delegasi daripada Amerika Syarikat,” lapor saluran berita 124 Israel, yang memetik sumber rasmi.

Laporan itu mendakwa, UAE kini dalam rangka untuk membeli pesawat berkenaan, yang sebelum ini dikatakan kedua-dua negara itu sedang menjalin kerjasama bagi mendepani Iran.

Bagaimanapun, setakat ini, UAE masih belum mengesahkan tujuan lawatannya ke Israel, walaupun tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara itu.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close