Berita UtamaUtama

Kerajaan Bashar gesa rakyat kembali semula ke Syria

Kementerian Luar beri jaminan sebahagian kawasan bebas pengganas

DAMSYIK, 20 Syawal 1439H, Rabu – Kerajaan rejim Bashar al-Assad menggesa rakyat Syria yang melarikan diri daripada konflik di negara itu kembali ke kediaman masing-masing.

Sumber rasmi Kementerian Luar Syria memberi jaminan bahawa sebahagian besar kawasan di negara itu telah bebas daripada kawalan kumpulan pengganas.

Malah kementerian berkenaan mendakwa akan menjaga dan mengawal keselamatan rakyatnya di kawasan yang ditawan semula.

“Kita juga menggesa organisasi masyarakat antarabangsa dan organisasi kemanusiaan memudahkan proses pelarian Syria pulang secara sukarela ke sini,” kata kementerian itu.

Menurut pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi pelarian UNHCR, kira-kira 270,000 orang telah melarikan diri daripada pertempuran yang berlaku di wilayah barat daya Dara’a, baru-baru ini.

Jurucakap UNHCR, Andre Mahecic berkata, kira-kira 40,000 rakyat Syria berkumpul di sempadan Jordan – yang kini menjadi tuan rumah kepada 650,000 pelarian Syria berdaftar.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close