Berita UtamaUtama

Perkahwinan Che Abdul Karim tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Narathiwat

Undang-undang negara jiran tak benar pasangan bawah umur nikah


KOTA BHARU, 18 Syawal 1439H, IsninKetua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof mendedahkan perkahwinan peraih getah berusia 41 tahun dengan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Golok, Thailand pada 18 Jun lalu, dilakukan tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Narathiwat.

Zailah berkata, beliau sendiri sudah berjumpa dengan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Narathiwat, Baba Shafie sebaik mengetahui kes berkenaan.

“Menerusi pertemuan itu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Narathiwat turut menjelaskan bahawa undang-undang di negara berkenaan tidak membenarkan perkahwinan membabitkan pasangan bawah umur,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Beliau bagaimanapun menegaskan, agar masyarakat tidak menangguk di air keruh dengan menokok tambah kes ini dengan isu tidak berkaitan.

“Biar Hakim Mahkamah Syariah meneliti setiap kes dengan saksama mengikut pertimbangan agama dan undang-undang, latar belakang, kebajikan, serta faktor penting yang lain sebelum membenar atau tidak membenarkan permohonan perkahwinan remaja bawah umur,” katanya.

Kisah perkahwinan budak perempuan berusia 11 tahun dengan seorang lelaki 41 tahun itu tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu dan telah mengundang reaksi banyak pihak.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close