Berita UtamaPendapat

Kesepakatan agenda Melayu jamin kedaulatan Islam

Belum terlambat untuk orang Melayu bersatu bagi agenda yang sama

GERAKAN Syiah, Liberal, Muslim Demokrat, Gerakan Chauvinist Cina dan Evangelist dijangka akan menggunakan sepenuh ruang dan peluang melalui kerajaan Pakatan Harapan untuk mengaut segala apa yang boleh dan menanam cerucuk jaminan terhadap kedudukan dan agenda mereka.

Satu perkara yang saya sangat yakin adalah, mereka akan pastikan apa yang mereka perolehi sekarang tidak berkurangan dan dirampas. Sama ada kedudukan strategik dalam badan eksekutif, dalam kehakiman dan juga perundangan.

Tidak mustahil bagi PH untuk pertahankan kedudukan mereka dan mengaut segala yang boleh dalam 5 tahun ni jika mereka boleh bertindak sebagaimana BN yang berjaya memerintah selama 61 tahun.

Maka parti politik dan gerakan Melayu Islam perlu segera menyediakan diri mereka ke posisi dan peranan yang sepatutnya supaya boleh bertindak sebagai wakil dan suara orang Melayu dengan lebih strategik.

Jika seruan PH ke arah Malaysia tanpa identiti bangsa Melayu tidak ditentang oleh gerakan Melayu Islam dengan agresif dan terus terang. Maka pada PRU15, saya jangkakan kedudukan PH dalam kerajaan akan lebih terjamin dan jaminan kedudukan Melayu di Malaysia akan terus berkurang. Justeru, respon parti politik Melayu dan gerakan Melayu Islam adalah sangat significant dalam menentukan nasib Tanah Melayu dalam beberapa tahun yang mendatang.

Sebagaimana tsunami Cina pada PRU13 dan hasilnya kita dapat lihat dengan jelas pada PRU14. Kesatuan bangsa Cina memperjuangkan satu agenda dan seruan yang jelas telah mempengaruhi pendekatan parti-parti politik kepada mereka. Bak kata orang, joran dan kail telah berubah tangan.

Masih belum terlewat untuk orang Melayu bersatu di bawah agenda yang sama. Iaitu agenda Melayu yang melangkaui permainan dan manipulasi parti politik, dengan syarat kesedaran politik orang Melayu mampu setanding dengan kesedaran orang Cina, bahkan lebih baik. Jaminannya adalah dengan memegang kuasa wewenang, bargaining power.

Jika bangsa Cina mampu bersatu kenapa tidak bangsa Melayu yang sudah punya identiti dan sejarah ketamadunan yang lebih lama dengan tanah ini. Bahkan ini adalah Tanah Melayu.

Maka pendekatan ISMA dalam membawa seruan “Melayu Sepakat, Islam Berdaulat” merupakan penyelesaian yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Bahkan jika berlaku penafian sekalipun, sampai satu masa yang kritikal, seruan ini akan menjadi paksaan yang bersifat tabii ke atas sebuah bangsa dan umat yang mempunyai misi dan agenda untuk terus relevan. Cumanya kadar kerja keras implikasi kerugian akibat bertangguh dan lambat bertindak adalah lebih tinggi.

Justeru, akan menjadi satu kerugian bagi orang Melayu untuk terus bertangguh meperjuangkan kesepakatan dan kesatuan agenda ini. Sudah terhantuk, harap terngadah. Jika masih tak sedar, tidak mustahil pisang boleh berbuah berkali-kali.

Melayu Sepakat, Islam Berdaulat
Islam Berdaulat, Malaysia Sejahtera

Muslim Abdullah Zaik
Exco Penerangan dan Kajian Pemuda Isma

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close