Berita UtamaUtama

77 peratus penyokong UMNO setuju jalin kerjasama dengan PAS: Tinjauan

Majoriti tidak mahu bergerak ke arah PH

KUALA LUMPUR, 16 Syawal 1439H, Sabtu – Badan tinjauan bebas, Merdeka Center berpendapat, majoriti ahli dan penyokong UMNO mahu melihat parti itu menjalinkan kerjasama erat dengan PAS.

Menerusi satu kajian yang melibatkan 691 responden, 77 peratus didapati bersetuju dengan kenyataan itu manakala 22 peratus tidak bersetuju.

Sebaliknya, hanya 29 peratus responden bersetuju jika UMNO perlu menjalin hubungan dengan Pakatan Harapan manakala 66 peratus lagi tidak bersetuju.

Selain itu, apabila ditanya jika UMNO perlu meninggalkan Barisan Nasional (BN) sebanyak 57 peratus bersetuju dan 41 peratus pula tidak bersetuju.

Pengarahnya, Ibrahim Suffian berkata, hasil kajian menunjukkan ahli dan penyokong UMNO kini terbuka dengan pelbagai pilihan.

“Bagaimanapun, kebanyakan mereka tidak mahu UMNO bergerak ke arah HARAPAN. Itu yang penting bagi saya,” katanya seperti dilapor portal tempatan.

Kajian telefon itu dilakukan antara 25 dan 28 Jun lalu.

Kebanyakan responden (69 peratus) ialah ahli biasa diikuti 8 peratus yang mendakwa sebagai penyokong parti tetapi bukan ahli parti.

Selebihnya ialah pemegang jawatan di pelbagai peringkat.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close