Berita UtamaUtama

Syed Hamid keluar UMNO

Nyatakan hasrat masuk Bersatu, akui reputasi UMNO musnah kerana salah guna kuasa

KUALA LUMPUR, 15 Syawal 1439H, Jumaat – Veteran UMNO, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar mengumumkan keluar dari UMNO, selepas mendapati idelogi parti itu sudah menyeleweng.

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat itu dalam masa sama menyatakan hasratnya untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau berkata, UMNO sekarang adalah satu pertubuhan yang mementingkan diri sendiri dan hanya mengutamakan kelangsungan peribadi berbanding mengambil berat hal rakyat.

“Saya dilahirkan dalam keluarga pejuang UMNO. UMNO hari ini bukan lagi parti yang pernah dikenali suatu ketika dulu.

“Selama beberapa dekad lagi sebahagian besar hidup saya dihabiskan untuk UMNO. Ini adalah parti yang benar-benar mengambil berat orang Melayu dan pada masa sama melayan bangsa lain secara sangat seimbang, adil dan pemurah.

“Parti ini bukan saja memperjuangkan orang Melayu tetapi begitu prihatin terhadap kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa atau agama,” katanya.

Namun, beliau berkata, sifat itu tiada lagi dalam UMNO.

“Walaupun perit, saya terpaksa mengaku ideologi serta falsafah parti tersebut sudah diselewengkan, menyebabkan ia tidak lagi dapat bertolak ansur, mementingkan diri sendiri, malah lebih parah – tidak demokratik.

“Kepemimpinan UMNO sejak beberapa tahun kebelakangan ini memusnahkan imej, reputasi dan nama baik parti apabila membenarkan amalan salah guna kuasa serta rasuah,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close