PendapatUncategorizedUtama

Pembekuan 900 akaun bukan oleh SPRM

Pasukan Khas 1MDB keluar kenyataan hari ini

KUALA LUMPUR, 15 Syawal 1439H, Jumaat – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menegaskan, tindakan pembekuan beberapa akaun bukan dilakukan badan itu, sebaliknya Pasukan Khas Siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, pasukan khas berkenaan akan mengeluarkan kenyataan hari ini berhubung pembekuan 900 akaun yang mempunyai kaitan dengan siasatan skandal syarikat pelaburan strategik negara itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut perkara itu.

“Kita akan keluarkan kenyataan hari ini… Insya-Allah, bukan daripada SPRM, pasukan khas (yang akan keluarkan kenyataan),” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Beliau yang merupakan salah seorang daripada ahli jawatankuasa pasukan berkenaan.

Jawatankuasa itu diketuai bersama bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close