Berita UtamaUtama

Asyraf Wajdi dipilih Ketua Pemuda UMNO baharu

Berjaya tewaskan tiga pencabar lain dengan 65 undi

BANGI, 10 Syawal 1439H, Ahad – Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki secara rasmi diumumkan sebagai Ketua Pemuda UMNO baharu bagi sesi 2018-2021.

Kemenangan jawatan itu diumumkan melalui akaun Twitter Pemilihan UMNO 2018 sebentar tadi, apabila Dr Asyraf memperoleh 65 undi.

Beliau menewaskan tiga lagi pencabarnya iaitu Senator Khairul Azwan Harun (62 undi), Shahar Abdullah (51 undi) dan Datuk Seri Jamal Yunos hanya dua undi.

Khairul Azwan dalam satu kenyataan mengucapkan tahniah di atas kemenangan Dr Asyraf, dan menawarkan diri untuk membantu kepimpinan beliau serta Pemuda UMNO yang memasuki era pemulihan dan pembaharuan.

“Saya berharap Dr Asyraf akan mempertimbangkan ‘reforms’ yang telah digariskan dalam manifesto saya tempoh hari iaitu meletakkan had umumr Ketua Pemuda UMNO dan had umur keahlian Pemuda menjelang 2021.

“Memperkenalkan sistem pendaftaran ahli yang lebih mudah dan pantas; dan membenarkan ahli sayap mengundi secara terus calon-calon pimpinan sayap bagi memastikan politik wang dapat dihapuskan,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close