Dr Ahmad Sanusi AzmiUtama

Mendoakan Hidayah Buat Seseorang


1. RASULULLAH ﷺ sering mendoakan hidayah buat seseorang sekalipun mereka melakukan maksiat dan dosa. al-Imam al-Bukhari merekodkan pertemuan Rasulullahﷺ dengan al-Tufail ibn Amru al-Dausi. Dalam pertemuan ini Saidina al-Tufail mengadu bahawa kaum Daus menolak dakwah dan melakukan maksiat. “Doakanlah mereka wahai Rasulullah”, kata al-Tufail.

Rasulullahﷺ lalu mengangkat tangan, mengadap kiblat dan mendoakan mereka:

اللَّهُمَّ اهْدِ دَوْسًا وَأْتِ بِهِمْ

“Ya Allah, berikanlah hidayah kepada kaum Daus dan datangkanlah dengan mereka (taufik).”

2. al-Imam Muslim meriwayatkan kisah Ibu Abu Hurairah yang menolak Islam. Satu hari Abu Hurairah datang dalam keadaan menangis dan berkata kepada Rasulullahﷺ bahawa Ibunya menolak Islam. Abu Hurairah meminta Rasulullahﷺ mendoakan hidayah buat ibunya.

Lalu Rasulullah berdoa:

اللَّهُمَّ اهْدِ أُمَّ أَبِي هُرَيْرَةَ

“Ya Allah, berikanlah hidayah buat Ibu Abu Hurairah.”

3. Mendoakan hidayah buat seseorang adalah Sunnah yang dianjurkan sendiri oleh Rasulullah. Moga Allah memberikan hidayah buat kita semua.

Dr Ahmad Sanusi Azmi 
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close